MEDIATING ROLE OF JOB SATISFACTION IN LEADERSHIP STYLE AND ORGANIZATIONAL COMMITMENT RELATIONSHIP: A STUDY IN PESANTREN DARUNNAJAH, INDONESIA

Ibrohim, Busthomi (2024) MEDIATING ROLE OF JOB SATISFACTION IN LEADERSHIP STYLE AND ORGANIZATIONAL COMMITMENT RELATIONSHIP: A STUDY IN PESANTREN DARUNNAJAH, INDONESIA. Diploma thesis, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.

[thumbnail of BUSTHOMI IBROHIM.pdf] Text
BUSTHOMI IBROHIM.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk memahami hubungan antara gaya kepimpinan, kepuasan kerja, dan komitmen organisasi di dalam konteks Pesantren di Indonesia. Secara khususnya, terdapat lima objektif di dalam kajian ini. Pertama, untuk mengenalpasti tahap gaya kepemimpinan karismatik, transformasi dan autokratik di kalangan Kyai di Pesantren, Indonesia. Kedua, untuk mengkaji kesan gaya kepimpinan karismatik,transformasi dan autokratik kepada kepuasan kerja. Ketiga, untuk mengkaji kesan gaya kepimpinan karismatik, transformasi dan autokratik kepada komitmen organisasi. Keempat, untuk mengkaji kesan kepuasan kerja kepada komitmen organisasi. Kelima,menilai peranan kepuasan kerja sebagai pengantara di dalam hubungan antara gaya kepimpinan karismatik, transformasi, autokratik dan komitmen organisasi. Kajian ini mengaplikasikan rekabentuk kajian kuantitatif. Data kajian ini dikumpul melalui soal selidik terhadap 556 orang Pendidik dari 4 cawangan Pesantren Darunnajah Indonesia. Responden kajian ini telah dipilih daripada populasi menggunakan teknik persampelan kluster. Soal selidik bagi kajian ini telah dibangunkan berdasarkan soalan yang telah dibangunkan oleh kajian terdahulu. Data kajian ini dianalisis menggunakan analisis regresi beberapa kali untuk menguji hipotesis kajian. Kaedah analisis regresi hierarki pula digunakan untuk menguji hipotesis pengantaraan. Kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan karismatik (β: 0.112; t value: 4.318), kepimpinan transformasi (β: 0.753; t value: 28.012), dan kepimpinan autokratik (β: 0.082; t value: 3.314) terhadap komitmen organisasi. Di samping itu, kepimpinan karismatik (β: 0.104; t value: 4.275), kepimpinan transformasi (β: 0.769; t value: 30.601), dan kepimpinan autokratik (β: 0.112; t value: 4.832) juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja. Akhir sekali, kajian ini mendapati kepuasan kerja memainkan peranan sebagai pengantara di dalam hubungan antara kepimpinan karismatik, kepimpinan transformasi, kepimpinan autokratik dan komitmen organisasi. Kajian ini mengembangkan literatur sedia ada berkaitan hubungan antara kepimpinan karismatik, transformasi, autokratik kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam konteks pesantren di Indonesia, khususnya peranan kepuasan kerja sebagai pengantara di dalam hubungan tersebut

Item Type: Thesis (Diploma)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Fakultas Agama Islam
Depositing User: Unnamed user with email nurhakim@darunnajah.ac.id
Date Deposited: 26 Jul 2024 04:18
Last Modified: 27 Dec 2024 07:23
URI: http://repository.darunnajah.ac.id/id/eprint/32

Actions (login required)

View Item
View Item